Ameerah Puchong santuni kaum Tionghua

PUCHONG: Ameerah Kawasan Puchong telah mengadakan edaran bahulu dan kad ucapan yang dijalankan di Pasaraya Giant, Seri Kembangan, di sini hari ini.

Advertisement

Inisiatif program sempena menjelangnya Tahun Baharu Cina itu bertujuan meraikan para pengunjung dalam kalangan masyarakat Tionghua yang datang ke situ.

Mereka dihadiahkan bahulu berbentuk ikan emas yang menurut kepercayaan kaum itu melambangkan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.

Selain itu, anggota Ameerah yang bersama pada program ceria itu turut mengedarkan kad ucapan Tahun Baharu Cina dengan tulisan Cina di mana ia menarik perhatian penerimanya.

Lebih mengeratkan kemesraan kepada pengunjung kaum Tionghua yang disantuni apabila salah seorang anggota Ameerah Puchong, Aqilah Hamzah fasih berbahasa Mandarin. – HARAKAHDAILY 26/1/2019  

IMG 20190126 WA0026

IMG 20190126 WA0028