Rakyat diseru prihatin warga OKU – Adun Bayu

BALING: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlu diberi perhatian seperti manusia lain juga di mana mereka memerlukan bantuan dan sokongan moral, demikian menurut Adun Bayu, Abd Nasir Idris.

Advertisement

Seru beliau, masih ramai dari golongan tersebut memerlukan peranan masyarakat bagi membantu mereka, sedangkan ramai berpersepsi ianya tanggungjawab kerajaan semata-mata.

“Ada banyak cara yang kita boleh bantu golongan OKU. Antaranya dengan kita memberi sokongan kepada perniagaan atau perkhidmatan ditawarkan golongan ini,” ujarnya ketika mengunjungi Rumah Amal Baling, di sini semalam.

Pusat khidmat sosial itu menempatkan guru dan murid dari kalangan OKU dalam daerah itu di mana mereka wajar diberi keprihatinan daripada masyarakat sekeliling.

Hal tersebut jelas Abd Nasir, kerana Rumah Amal tersebut memerlukan biaya yang banyak bagi memenuhi dan melicinkan pengurusan serta pentadbiran hariannya.

Menurutnya, ketika ini Rumah Amal itu sebagai agensi kebajikan hanya mendapat bantuan daripada pihak kerajaan yang sebenarnya masih tidak mencukupi. – HARAKAHDAILY 26/1/2019  

IMG 20190126 WA0011

IMG 20190126 WA0010