Tahniah YB Ramli

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada calon BN Ramli Mohd Nor, yang diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Advertisement

SHAHIR2Tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera pihak pembangkang, terutama PAS dan Barisan Nasional yang bertungkus-lumus berkempen di Cameron Highlands.

Perkara menarik adalah ini merupakan kemenangan pertama buat pihak pembangkang pada pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Sejarah juga dirakam apabila YB Ramli mencatat sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi ahli parlimen. Suara Orang Asli pastinya bertambah kuat di Parlimen Malaysia.

Kemenangan besar Barisan Nasional pada PRK kali ini memberi isyarat jelas kepada Pakatan Harapan bahawa rakyat Cameron Highlands sudah muak dan mual dengan janji Pakatan Harapan yang tidak dilaksanakan sejak 9 Mei 2018.

Setelah hampir sembilan bulan memerintah, janji dimungkiri dengan alasan lapuk 1MDB, Najib dan hutang negara. Rakyat makin terbeban.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berharap momentum kemenangan blok pembangkang akan diteruskan ke Semenyeh. Jelas menunjukkan suara rakyat melebihi kuasa mana-mana pemimpin.

Cameron Highlands menunjukkan pembangkang menang walaupun seluruh jentera pihak Pakatan Harapan turun berkempen, termasuk nama-nama besar seperti Tun Dr Mahathir, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan seluruh menteri-menteri kanan yang tiba-tiba mempunyai program di situ.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada YB Ramli. Jalankan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan jujur dan ikhlas.

Demi Bangsa Malaysia!

SHAHIR ADNAN
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
26 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 26/1/2019