PAS Cawangan penting umpama akar pokok

TAWAU: Cawangan-cawangan PAS di setiap Kawasan adalah umpama akar kepada sebatang pokok yang menyalurkan segala zat kesuburan dan kekuatan untuknya teguh membesar.

Advertisement

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap Cawangan PAS adalah penting di mana ahli-ahli di Cawangan pula berperanan menghidupkan PAS.

Menurutnya, di Cawangan terhimpunnya ahli PAS yang masing-masing memiliki segala kelebihan, kekuatan dan kepakaran sebagai keperluan dakwah dan sumbangan kepada Islam.

“Ingatlah kisah Sahabat-sahabat R.A yang datang jumpa Rasulullah S.A.W dengan masing-masing menyatakan akan buat kerja. Ada yang mahu cari kayu api dan minta Rasulullah tidak buat apa-apa.

“Tapi Rasulullah juga buat kerja kerana Baginda juga mahukan pahala,” ujarnya pada Majlis Perasmian Serentak di PASTI Nurul Fathonah, Ranggu, di sini semalam.

Perasmian tersebut melibatkan PAS Cawangan Taman Ria, PAS Cawangan APAS dan PAS Cawangan Ranggu serta pemilihan saf Ahli Jawatankuasa Sesi 2019 – 2021. – HARAKAHDAILY 28/1/2019  

IMG 20190128 WA0035

IMG 20190128 WA0033