PRK Cameron Highlands jelma kekecewaan rakyat

KOTA BHARU: Kegagalan Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu lepas merupakan isyarat awal kekecewaan rakyat terhadap kerajaan PH.

Advertisement

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof berkata, ia bukti jelas penolakan rakyat terhadap kerajaan PH yang sering berdolak dalih khususnya berkaitan kesusahan rakyat.

“Dengan dasar kerajaan yang jelas hanya untuk kepentingan parti-parti tertentu dalam PH, hati rakyat terluka,” ujarnya di sini.

Menurutnya juga selagi kerajaan pusat kluk klik terhadap janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) lepas, PH berdepan laluan sukar pertahankan Putrajaya pada PRU 15.

Pada PRK terbabit BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut apabila calonnya Ramli Modd Nor menang dengan majoriti besar iaitu 3,238 undi.

Sedangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas BN melalui Dato’ C Sivarraajh menang dengan majoriti 597 undi. – HARAKAHDAILY 29/1/2019