Amaran! Jangan beri laluan campur tangan DAP!

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof jangan ingat amaran dari beliau digeruni oleh umat Islam. Beliau dilaporkan memberi amaran jangan mempertikaikan pelantikan wakil DAP sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Advertisement

PAS beri amaran jangan berterusan memberi laluan campur tangan DAP dalam urusan Islam.

Pada sidang Parlimen yang lalu Ahli Parlimen dari DAP mendesak kerajaan memberi kebebasan kepada penganut Syiah menjalankan aktiviti mereka. Seorang lagi Ahli Parlimen DAP yang kanan dan memegang jawatan Menteri dilaporkan dalam satu prosiding mahkamah sebagai tidak bersetuju kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

DAP berterusan cuba menghalang usaha memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dengan pelbagai alasan.

Ingat, 63 peratus rakyat Malaysia adalah umat Islam yang ada had kesabarannya dan tidak teragak-agak mempertahankan Islam jika terus diganggu.

Ingat, Amaran Allah S.W.T mengatasi amaran beliau.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM 
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
31hb Januari 2019 – HARAKAHDAILY 31/1/2019