Isu perumahan: Fokus penyesuaian pasaran

SAYA mengalu-alukan pelancaran Dasar Perumahan Negara 2018-2025 kelmarin oleh YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. DPN diharapkan dapat menyelesaikan banyak isu perumahan yang tertangguh sekian lama.

Advertisement

takiri1Masalah lambakan penawaran (overhang properties), lonjakan harga, ketidakpadanan pasaran dan kesulitan mendapatkan pembiayaan.

Fokus perlu diberikan kepada penyesuaian pasaran bagi segmentasi pembeli rumah pertama dan kumpulan B40 dan M40. Sekiranya masalah ‘market mismatch’ berjaya diatasi, maka isu lambakan penawaran (overhang properties) yang telah mencecah RM19.5 bilion (Suku Ketiga 2018) boleh dikurangkan.

Isu ini disokong dengan statistik jumlah hartanah bernilai di bawah RM500,000 yang berjumlah lebih 50,000 unit belum terjual.

Selain itu, Kerajaan juga perlu campur tangan dalam pasaran disebabkan harga bagi rumah mampu milik (di bawah RM300,000) naik dengan cepat. Beberapa faktor dikenal pasti antaranya disebabkan oleh isu pembelian pukal oleh segelintir kelompok, kenaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan aktiviti spekulasi keterlaluan.

Memetik pandangan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad minggu lalu, purata harga rumah di Malaysia pada Suku Ketiga 2018 ialah RM414,469 manakala purata gaji dan pendapatan rakyat ialah RM2,880 sebulan.

Harga relevan bagi seunit rumah mampu milik kira-kira RM300,000 dan ke bawah. Walhal, permintaan sebenar rumah mampu milik masih tinggi.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
30 Januari 2019 | 24 Jamadilawwal 1440 – HARAKAHDAILY 30/1/2019