Hebah hasil siasatan tragedi Bukit Kukus

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar membuat pendedahan awam hasil siasatan yang dijalankan ke atas tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus serta mengemukakan syarat-syarat yang membenarkan kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Advertisement

SM IDRIS3Gesaan ini dibuat berikutan kerja-kerja pembinaan dibenarkan untuk disambung semula di jalan terbabit, ekoran penarikan balik perintah menghentikan kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP), seperti yang dilaporkan dalam media hari ini.

Memandangkan Kerajaan Negeri telah menjalankan siasatan dalaman mengenai tragedi berkenaan yang berlaku pada 17 Oktober tahun lalu, di mana 9 nyawa terkorban, adalah penting hasil siasatan itu didedahkan kepada orang ramai agar ada ketelusan dalam proses terbabit.

Kami ingin tahu sama ada pihak berkuasa terbabit akan bertanggungjawab terhadap ketiadaan tindakan yang diambil berhubung tragedi berkenaan.

Adalah penting juga untuk kita ketahui langkah-langkah yang telah diambil dan syarat-syarat yang dikenakan demi memastikan kejadian sama tidak berulang apabila kerja-kerja di jalan tersebut disambung semula.

Sebagai maklum balas kepada dakwaan yang dibuat oleh pihak berkuasa berkenaan bahawa laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) tidak diperlukan bagi projek berkenaan, CAP telah menulis kepada Ketua Menteri, Datuk Bandar MBPP dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menanyakan bagaimana projek itu boleh dikecualikan daripada mematuhi syarat tersebut.

Menurut pegawai-pegawai kerajaan negeri, EIA tidak diperlukan menurut pandangan JAS di mana surat pengecualian telah diberi.

Pihak berkuasa mesti menjelaskan kenapa projek ini diberikan pengecualian sedangkan projek ini membabitkan kawasan berbukit yang melebihi 76 m dan cerun melebihi 25 darjah.

Pemahaman kami mengenai undang-undang berhubung perkara ini adalah seperti berikut:

Kelulusan bagi pembinaan jalan tersebut diberikan sekitar 2013-2014.

1. Undang-undang berkaitan yang digunapakai pada ketika itu adalah Penilaian Alam Sekitar (Perintah Aktiviti yang Ditetapkan) 1987. Berkuatkuasa mulai 20 Jun 2011, JAS mempunyai senarai “Aktiviti yang Ditetapkan” yang menghendaki Penilaian Impak Alam Sekitar yang Terperinci (DEIA), yang bermakna maklum balas daripada orang awam perlu diperolehi terlebih dahulu mengenai DEIA bagi projek terbabit sebelumia diluluskan.

Di antara projek-projek yang disenaraikan termasuk:’Projek yang melibatkan pembersihan tanah di mana 50% atau lebih dari kawasan itu bercerun yang melebihi 25 darjah (kecuali kuari).’

Mengikut pandangan kami, ini bermakna meliputi sebarang projek di atas cerun bukit yang berisiko.

Berkaitan kes Jalan Bukit Kukus, sebahagian besar projek melibatkan pembersihan kawasan bercerun yang melebihi 25 darjah, dan tanpa mengira jenis jalan (sama ada ianya jalan ‘koridor’ atau jenis jalan lain), DEIA perlu didapatkan terlebih dahulu.

Adalah tidak betul untuk mengatakan bahawa undang-undang tidak memerlukan EIA, apabila senarai aktiviti JAS memerlukan EIA untuk projek sedemikian. Alasan pengecualian yang diberikan oleh JAS perlu didedahkan kepada awam oleh pihak JAS.

2. Satu hal lagi yang perlu diketengahkan adalah berhubung tidak patuhan terhadap RancanganStruktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP). RSNPP mengandungi larangan umum terhadap sebarang pembangunan di atas tanah dengan cerun melebihi 25 darjah atau tanah yang terletak lebih daripada 75 m (250 kaki) di atas paras laut (iaitu tanah bukit).

RSNPP hanya membenarkan pembangunan yang terhad dilakukan di atas tanah berbukit sekiranya sesuatu projek itu dikategorikan sebagai ‘projek istimewa’. RSNPP tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘projek istimewa’. Namun begitu terdapat ‘Garis Panduan mengenai Projek Istimewa’ yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri 2009. Di bawah garis panduan ini, mana-mana projek infrastruktur yang penting kepada kerajaan dan untuk kegunaan orang awam, yang tidak dapat dielak daripada berada di kawasan bukit boleh berada di bawah kategori ‘projek istimewa’.

Jika Projek Jalan Bukit Kukus merupakan ‘projek istimewa’ seperti yang disebutkan dalam Garis panduan berkenaan, maka RSNPP dengan jelas menyebut pembangunan mesti tertakluk kepada kawalan tegas dengan mematuhi garis panduan bagi pembangunan cerun bukit dan ia juga mempunyai EIA yang diluluskansebagai tambahan kepada kelulusan dari Jawatankuasa Perancangan Negeri.

Sehubungan itu, tidak mempunyai EIA untuk projek Jalan Bukit Kukus ternyata mencabuli dan tidak mematuhi piawaian RSNPP.

RSNPP mempunyai kesan perundangan kerana ia dilakukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan merupakan dokumen yang diwartakan.

Pihak berkuasa negeri termasuk MBPP dan JAS perlu mematuhi RSNPP dan seharusnya memastikan DEIA disediakan bagi projek berkenaan, yang tertakluk kepada paparan awam dan konsultasi sebelum kelulusan projek ini.

Tanpa melakukan EIA, ternyata RSNPPtidak dipatuhi dan ini merupakan pencabulan undang-undang dan garis panduan yang amat serius oleh pihak berkuasa sendiri.

Kejadian tanah runtuh di Jalan raya Bukit Kukus tidak boleh dianggap semata-mata sebagai kejadian tragedi tapak pembinaan. Ianya meliputisatu projek pada tanah bukit yang sensitif, memandangkan projek ini dengan jelas melebihi 76 m dan membabitkan kecerunan 25 darjah dan lebih tinggi lagi.

Kerajaan negeri, MBPP dan JAS harus menjelaskan bagaimana mereka boleh membenarkan RSNPPdan garis panduan EIA tidak dipatuhi. Jika pihak berkuasa sendiri tidak mematuhi undang-undang makamereka perlu bertanggungjawab kerana tiada sebarang tindakan diambil.

Sehubungan itu kami menuntut penjelasan daripada Ketua Menteri, Datuk Bandar MBPP dan Ketua Pengarah JAS berhubung perkara ini.

Perkara ini amat serius dan tidak boleh dianggap semata-mata sebagai tragedi tapak pembinaan dengan hanya menyalahkan kontraktor yang terlibat dalam projek ini. Pihak berkuasa sendiri perlu menanggung sebahagian daripada kesalahan yang ada dan bertanggungjawab kerana tidak bertindak dengan sewajarnya.

Justeru, kami mahu hasil siasatan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri didedahkan kepada orang awam, agar mereka memahami sama ada pihak berkuasa berkenaan akan dipertanggungjawabkan kerana tidak bertindak. – HARAKAHDAILY 1/2/2019

SM Mohamed Idris ialah Presiden SAM dan CAP.