Perutusan Tahun Baharu Cina 2019 MB Terengganu

Selamat Tahun Baharu Cina 2019: Bersama Membina Terengganu Maju Berkat Sejahtera

Advertisement

Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan satu perayaan penting bagi masyarakat Tionghua. Ia menandakan permulaan tahun baharu bagi kalendar masyarakat Cina dan tahun ini merupakan tahun khinzir. Masyarakat Tionghua percaya tahun ini bakal membawa banyak keuntungan dan kekayaan kepada mereka.

Di Terengganu, masyarakat Tionghua memberi sumbangan besar khususnya terhadap aktiviti pelancongan dan ekonomi. Mereka juga hidup aman dan harmoni dikelilingi oleh orang Melayu dan bangsa lain. Perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik tidak menghalang mereka menjalankan aktiviti harian. Malahan, mereka saling bekerjasama apabila diperlukan.

Diharapkan keharmonian yang dirasai ini terus dinikmati oleh generasi akan datang. Semoga masyarakat Tionghua di Terengganu sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program pembangunan kepada seluruh rakyat Terengganu. Bersama kita membangunkan dan membina Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

Akhir kata, mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia khususnya Negeri Terengganu. Gong Xi Fa Chai! Xin Nian Kuai Le!

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”
“Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera”

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
4 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 4/2/2019