Anak MB Pahang sertai ARC

CAMERON HIGHLANDS: Kejayaan menganjur program bersama anak muda ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini membolehkan ramai anak muda mendekati PAS.

Advertisement

Malah Ketua Pemuda Umno Cameron Highlands Wan Mohd Azam Wan Rosdy turut mendaftar sebagai ahli Alternative Riding Club (ARC).

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pahang, Mohd Shamsuri Hussein berkata, ramai anak muda di Cameron Highlands tertarik dengan pendekatan jentera pilihan raya Pemuda PAS.

“Paling menggembirakan penyertaan Wan Mohd Azam iaitu anak Menteri Besar Pahang sebagai ahli ARC bersama 41 pemuda di Dun Jelai,” katanya di sini.

Kata beliau sepanjang kempen PRK tersebut pelbagai program anak muda dianjurkan termasuk konvoi motosikal, sukan rakyat, perlawanan futsal dan ziarah kebajikan.

Menurutnya program tersebut berjaya menarik ramai golongan muda mendekati PAS biar pun PRK sudah berlalu. – HARAKAHDAILY 7/2/2019