Ijtimak: Menyemarak Kebangkitan Pejuang Siber

nasrudin

MUTAKHIR ini, perjuangan Islam dihadapkan serangan bertali arus dari pelbagai sudut, terutama melalui aneka aplikasi media baharu.

Advertisement

Para petualang siber melalui penajaan musuh Islam sedang menggerakkan operasi “amuk” mereka guna menghalang kemaraan dan kebangkitan Islam di bumi tercinta ini.

Tanpa mengenal batas dosa pahala dan menghirau sempadan syurga neraka, mereka melancarkan serangan “menggila” dengan 1001 helah yang halus dan licik ke arah perjuangan Islam, pendukung dan pemimpinnya.

Ayuh! Para pejuang…

Kita bangkit pertahankan Islam dan menyemarakkan kebangkitannya di medan siber. Justeru itu, kita menyuntik pengarahan, kesedaran dan motivasi perjuangan di:

IJTIMAK SIBER
(Himpunan Kebangkitan Pejuang Siber)

Tarikh: 16 Februari 2019
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman
Terengganu Darul Iman

Tema: Jaringan Siber Membina Kehebatan Ummah

Saya menyeru semua pengamal media baharu hadir menyertai Ijtimak Siber ini untuk menggembleng tenaga dan semangat kebangkitan, khasnya yang terdiri dari kalangan:

– Jentera Penerangan dan Media Baharu PAS di semua peringkat, dari Pusat hingga ke cawangan.

– Admin Facebook PAS negeri, kawasan dan cawangan serta dewan-dewannya.

– Admin WhatsApp group PAS di semua peringkat (parti dan awam)

– Individu ahli, pendukung dan penyokong PAS yang aktif di media baharu seperti (facebook, twitter, instagram, telegram, blog, WhatsApp group dan lainnya)

Jaringan Siber Membina Kehebatan Ummah

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Merangkap Komander Mujahid Siber Pusat – HARAKAHDAILY 7/2/2019