NGO satukan agenda bersama PAS-Umno

BERUAS: NGO Pencetus Gerakan Rakyat (PENGGERAK) telah melaksanakan majlis silaturahim melibatkan masyarakat di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar, di sini semalam.

Advertisement

Pengerusi PENGGERAK, Mohd Zaidi Zakaria berkata, pihaknya terpanggil untuk menjadi penggerak kepada penyatuan masyarakat Melayu-Islam yang merupakan penduduk terbesar negara ini.

Secara khusus jelasnya, masyarakat Melayu-Islam perlu disatukan di bawah wadah perjuangan umatnya di mana PENGGERAK melihat kerjasama PAS dan Umno adalah sangat mendesak ketika ini.

Sehubungan itu menurutnya, program tersebut dilibatkan kehadiran utama Adun Pengkalan Baharu, Dato’ Abd Manap Hashim dan Yang DiPertua PAS Kawasan Beruas, Zakaria Hashim.

Dato’ Manap sendiri dalam ucapannya mengakui pentingnya kerjasama tersebut dan membayangkan kuasa kembali ke tangan umat Islam yang berpotensi direalisasikan di negeri ini.

Zakaria pula dalam ucapannya menyatakan bahawa penyatuan tersebut atas dasar berpegang kepada ‘tali’ Allah dan pemerintahan PH yang dibayangi DAP mesti ditolak pada PRU akan datang.

Program tersebut dilihat menyuntik semangat baharu penyatuan umat dan pihak PENGGERAK sedang berusaha meluaskan agenda tersebut ke seluruh Parlimen itu. – HARAKAHDAILY 11/2/2019

IMG 20190211 WA0017 

IMG 20190211 WA0018

IMG 20190211 WA0019