RM90 juta: Jangan pula jadi pengecut

KOTA BHARU: Jangan pula jadi pengecut sehingga hari ini pihak terbabit belum mengemukakan sebarang bukti kononnya PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Advertisement

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemimpin terbabit sebelum ini cuba berselindung di bawah akta bukti PAS terima RM90 juta tidak boleh didedahkan.

Bagaimanapun katanya, sekarang parti yang didokongi pemimpin terbabit sudah menjadi kerajaan.

“Kalau individu seperti ini belum memberi sebarang bukti kepada pihak berkuasa PAS menerima RM90 juta mungkinkah mereka boleh disebut penipu.

“Kita boleh juga buat kesimpulan bahawa pihak seperti ini merupakan pondan yang sudah tidak laku dalam arena politik sekarang,” katanya di sini.

Pada 9 Februari 2017 Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Dato’ Husam Musa dilapor menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Malah pada 13 Mac 2017 seorang lagi pemimpin PAN, Hanipa Maidin turut membangkitkan isu tersebut di Parlimen.

Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, banyak bukti boleh dikemukakan termasuk cek bank kalau betul dakwaan mereka. – HARAKAHDAILY 13/2/2019