SRITI Al-Falah masih buka pendaftaran

TELUK INTAN: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Falah masih membuka pendaftaran dan mempelawa ibu bapa serta ahli PAS untuk anak mereka memasuki institusi itu di Taman Melor, di sini.

Advertisement

Guru Besar SRITI Al-Falah, Mahyuddin Yusof berkata, institusi ditubuhkan Pemuda PAS itu menawarkan pendidikan secara integrasi antara agama dan akademik kepada para pelajarnya.

Menurutnya, SRITI Al-Falah yang baharu memulakan operasi pada sesi Januari lalu, kini sedang digerakkan oleh tiga guru dengan mengajar silibus meliputi tahfiz, diniah, akademik dan kaffah.

Sebagai tanda menyokong usaha pendidikan tersebut, Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik telah hadir mengadakan lawatan ke SRITI Al-Falah, semalam.

Kehadiran beliau turut disertai sama oleh Timbalan dan Naib Yang DiPertua PAS Teluk Intan iaitu Rostam Malik dan Azhar Rafie menyantuni warga SRITI tersebut.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk sama menyokong institusi ini menerusi sumbangan yang boleh disalurkan ke akaun CIMB 8603 37 8460 atas nama SRITI Al-Falah. – HARAKAHDAILY 14/2/2019

IMG 20190214 WA0012

 

IMG 20190214 WA0013 

IMG 20190214 WA0014

IMG 20190214 WA0016