4 calon bertanding PRK Semenyih

HULU LANGAT: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Bebas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Advertisement

Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Mohd Sayuti Bakar mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu pada jam 10.25 pagi selepas tamat proses penamaan calon di Dewan Seri Cempaka MPKJ, Taman Saujana Impian, Kajang.

Mereka terdiri daripada calon BN iaitu Zakaria Hanafi, Muhammad Aiman Zainali (PH), Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan calon Bebas Kuan Chee Heng.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac ini sebagai hari mengundi bagi PRK Dun Semenyih manakala tarikh mengundi awal pada 26 Feb.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Dun tersebut, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung. – HARAKAHDAILY 16/2/2019