Pemimpin PAS hadir penamaan calon PRK Semenyih

HULU LANGAT: Pemimpin PAS turut hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih sebagai tanda sokongan kepada calon BN.

Advertisement

Mereka ialah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Dato’ Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Agung, Dato’ Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Hasrina Wan Hassan.

Setakat ini, semakin ramai datang berkumpul memberi sokongan kepada calon BN yang akan beraksi pada PRK N24 Semenyih dijangka pertembungan empat penjuru antara BN, PH, PSM dan Bebas.

Perakan bermula pada jam 8.30 pagi yang dijangka jaraknya 100 meter dari tempat berkumpul ke pusat penamaan calon.

PRK ini diadakan berikutan selepas kematian Ahli Dewan Undangan (Adun) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung di Hospital Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 2 Mac ini dan pengundian awal pada 26 Februari. – HARAKAHDAILY 16/2/2019