Urus jenazah sebelum ke pusat penamaan

HULU LANGAT: Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng ketika ditemui malam tadi, menyatakan beliau sudah tidak tidur lebih lima hari kerana terlalu banyak kes yang memerlukan perhatian.

Advertisement

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang yang dihubungi jam 8 pagi tadi mengakui belum sempat bersarapan kerana baru menguruskan satu jenazah.

“Saya baru nak bergerak ke Semenyih sekarang,” katanya lagi.

Penyokong-penyokong beliau dilaporkan mungkin akan mengadakan satu majlis kecil memandangkan tarikh lahir beliau jatuh pada hari ini.– HARAKAHDAILY 16/2/2019