Ustaz Abdul Somad terima Tokoh Dai’e Nusantara

KOTA BHARU: Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad dianugerah Tokoh Dai’e Nusantara oleh kerajaan Kelantan.

Advertisement

Anugerah itu berupa wang tunai, replika Masjid Kampung Laut, Dinar, Rida’ dan sijil penghargaan.

Manakala Ustaz Azhar Idrus pula dianugerah Anugerah Ikon Anak Muda berupa wang tunai, replika Masjid Kampung Laut dan sijil penghargaan sempena Hari Murabbi Ummah.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakub menyampaikan anugerah kepada kedua-dua pendakwah tersebut pada program yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V malam tadi.

Abdul Somad dan Ustaz Azhar terkenal sebagai pendakwah di beberapa negara di Asia Tenggara.

Kelebihannya menyampaikan pidato berjaya menarik perhatian masyarakat di seluruh nusantara.

Kira-kira 100,000 rakyat Kelantan dan negeri lain hadir pada program berkenaan yang julungkali pernah diadakan. Turut hadir penduduk bukan Muslim. – HARAKAHDAILY 16/2/2019