Ustaz Ahmad Dusuki dianugerah Tokoh Pendakwah

KOTA BHARU: Selebriti dakwah yang terkenal dengan slog Mauizzah di Radio IKIM, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani hari ini dianugerahkan Tokoh Pendakwah.

Advertisement

Beliau dianugerah tokoh tersebut sempena Hari Anak Muda Kelantan yang diadakan di Dataran Warisan, petang semalam.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Ahmad Dusuki merupakan Pengasaas Kompleks Darul Thibbun Nabawi dan Penasihat Kompleks Ilmu Al-Azhari.

Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Peruatan Islam Malaysia (Gappima).

Mohd Amar berharap syiar Islam dapat menyinari di seluruh negara bukan hanya di Kelantan.

Katanya, anak muda hari ini bakal penentu corak masa depan negara.

“Kerana itu amat penting mereka didedahkan dengan aktiviti sihat di samping pendidikan agama,” ujarnya pada program berkenaan.

Kata beliau modul Islam yang diberi panduan oleh Allah Taala akan menyelamatkan anak muda. – HARAKAHDAILY 16/2/2019