Karnival Sukan SRITI Zon Bandaraya Ipoh

IPOH: Karnival Sukan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Zon Bandaraya telah dilangsungkan di padang Sekolah Izzudin Shah, di sini semalam.

Advertisement

Pada karnival itu, SRITI An-Najah Gopeng muncul juara keseluruhan serta turut menguasai acara olahraga, manakala SRITI Al-Istiqamah Tambun menggungguli acara memanah.

SRITI Al-Hambra mewakili kawasan Ipoh Barat turut tidak ketinggalan apabila berjaya menunjukkan bakatnya untuk menguasai acara kesukaan ramai iaitu bola sepak.

Turut menghiasai kemeriahan karnival adalah jualan gerai dan acara tarik tali melibatkan pasukan waris menentang gabungan guru serta acara Musang Berjanggut melibatkan kaum ibu.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid Asmaul Husna, lagu Negaraku dan lagu rasmi SRITI serta bacaan ikrar yang diketuai pelajar SRITI Al-Istiqamah, Ahmad Syahmi Amin Ahmad Zulfadli.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dalam ucapan perasmiannya memuji gandingan semua pihak menjayakan karnival tersebut berupa sumbangan yang pelbagai. – HARAKAHDAILY 18/2/2019   

IMG 20190218 WA0048

IMG 20190218 WA0013

IMG 20190218 WA0014