Pemuda Tambun persiap generasi menangkan PAS

TAMBUN: Lepaking @ D’ Lereng Ulu Chepor anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran hampir 400 peserta pada program di Ulu Chepor Ipoh, di sini semalam.

Advertisement

Sambutan kehadiran tersebut mengejutkan pihak urusetia yang mensasarkan penyertaan awal hanya seramai 120 peserta dalam kalangan anak muda daripada kawasan itu.

Program sepetang tersebut sarat dengan perkongsian berkaitan Dewan Pemuda PAS termasuk pengenalan dan pameran dari Alternative Riding Club (ARC) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM).

Para peserta juga dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Da’i Buskers yang didatangkan khas dari JAM Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas sambil menikmati BBQ.

Biarpun program santai, peserta turut disajikan informasi mengenai PAS pada slot ‘Info Race‘ yang dijalankan secara aktiviti santai berkumpulan selain dapat mengikat ukhuwah peserta bersama Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri turut serta bersama Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Tambun iaitu Ustaz Mohd Fariq Izwan Bahrin dan Saiful Nizam Abdullah.

“Melalui program ini Pemuda PAS Tambun dapat menyumbang lebih kurang 150 keahlian baru PAS dari kalangan anak muda. InsyaAllah inilah generasi yang sedang dibentuk.

“Mereka inilah bakal mencipta kemenangan buat PAS di Tambun khususnya dan di Malaysia amnya pada masa mendatang,” ujar Ustaz Hafez pada program itu. – HARAKAHDAILY 18/2/2019  

IMG 20190218 WA0021  

IMG 20190218 WA0022

IMG 20190218 WA0023

IMG 20190218 WA0025