4 soalan kepada Menteri Kewangan

syahir2

APABILA ditanya berapa jumlah Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 31 Disember 2018, YB Menteri Kewangan menjawab:

Advertisement

1. Kita ikut definisi IMF;

2. Hutang kerajaan masih melebihi RM1 trilion;

3. Hutang kerajaan termasuk jaminan kerajaan, contoh. 1MDB;

4. “Let me get the details“.

Persoalan:

1. Adakah definisi Hutang Kerajaan Persekutuan oleh Bank Negara Malaysia berbeza dengan definisi hutang oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)?

2. Mengapa Kerajaan Malaysia tidak mengikut definisi hutang yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia?

3. Adakah Menteri Kewangan masih belum melihat ‘balance sheet’ Kerajaan Malaysia berakhir 31 Disember 2018, walaupun sudah hampir dua bulan akaun ditutup?

4. Di manakah rakyat boleh melihat jumlah Hutang Kerajaan Persekutuan yang tercatat di dalam akaun Kerajaan Persekutuan berakhir 31 Disember 2018?

SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi Pemuda PAS
22 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 22/2/2019