Gesa SPR untuk berlaku adil, tegas

KELMARIN Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah membuat satu laporan polis berhubung cubaan membeli undi bagi PRK N.24 Semenyih oleh pihak Pakatan Harapan (PH) melalui pemberian hamper dan tawaran baik pulih rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Advertisement

Pemuda Umno diwakili oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir telah membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 10:00 malam.

Beliau ada bersama saya ketika melakukan ziarah rumah ke rumah di sekitar Semenyih kelmarin tatkala menyaksikan hamper dan surat tawaran baik pulih rumah kepada pengundi.

Pemuda Umno mendesak agar laporan ini disiasat secara adil dan perlu disegerakan mengikut peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana jelas menyalahi undang-undang. Harapnya SPR tidak pilih kasih dan mengamalkan dua piawai berbeza untuk ‘Parti Pemerintah dan Pembangkang’.

Jika di Cameron Highlands, BN telah dinafikan kerusi Parlimen mengikut peruntukan akta yang sama, tiada sebab SPR tidak mengambil tindakan serupa dalam kes di Dun Semenyih ini!

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Umno Malaysia
22 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 22/2/2019