Anak muda PAS-Umno lebarkan muafakat

PADANG RENGAS: Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas telah mengorak langkah memperkasakan muafakat Melayu-Islam melalui program bersama Pemuda Umno Bahagian itu, semalam.

Advertisement

Kedua entiti sayap parti terbesar umat Melayu-Islam negara telah bertemu pada majlis khas Sembang Santai Pemuda PAS – Umno Parlimen Padang Rengas yang diadakan di sebuah restoran, di sini.

Sekitar 40 penggerak utama anak muda mewakili kedua parti itu hadir pada pertemuan tersebut dengan masing-masing dipimpin Ketua Pemuda PAS Kawasan, Muhammad Helmi Affindi Ali dan Pemuda Umno Bahagian, Mohd Ariff Abdul Majid.

Perjumpaan julung kali penuh muhibah itu dianggap berjaya mencapai objektif terpentingnya ke arah merangka hubungan perkenalan dan bertukar pendapat serta merancang kegiatan bersama.

Turut hadir menyeri dan memeriahkan pertemuan bersejarah itu adalah Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua PAS Padang Rengas iaitu Mohamad Sukeri Mat Amin dan Ustaz Azizi Mohamed Ridzuan. – HARAKAHDAILY 23/2/2019  

IMG 20190223 WA0059

IMG 20190223 WA0060