Anwar disebalik desakan Tun M letak jawatan?

MENARIK juga membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi, bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada “Di belakang tabir” usaha untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Advertisement

Sebelum Dr Boo Cheng Hau dari DAP menyuarakannya, orang politik pertama yang mendesak supaya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah aktivis PKR bernama Kim Quek yang nama sebenar beliau ialah Yong Thye Chong.

Kim Quek menyertai PKR pada 26 Ogos 2007 di mana kemasukan beliau ke dalam PKR ini diraikan sendiri oleh Datuk Seri Anwar serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan lain-lain pemimpin PKR dalam satu majlis sambutan di Ibu Pejabat PKR.

Desakan supaya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ini Kim Quek nyatakan dalam satu tulisan beliau yang bertajuk “Mahathir Must Step Down To Save Reformasi” yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini pada 15 Disember 2018.

Kata Kim Quek, Tun Dr Mahathir “is no reformist”, “is reluctant to bring in institutional reforms”, “has not abandoned his racist conviction”, “has autocratic style of rule” dan “has never intended to honour the Harapan consensus of passing the premiership to Anwar”.

Dalam satu lagi tulisan Kim Quek yang bertajuk “Will This Be Mahathir’s Finest Moment?” yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Kini pada 17 Disember 2018 pula disebut “Mahathir’s background would make him ill-fitted as leader of this reformist coalition”.

Sebaliknya, kata Kim Quek, pemimpin yang paling layak menggalas tugas Tun Dr Mahathir ialah Datuk Seri Anwar selaku “founder and leader of the Reformasi movement and successor-designate to Mahathir” di mana “Anwar would be a shoo-in for this task”.

Tulisan Kim Quek ini diikuti oleh beberapa tulisan lain oleh kolumnis-kolumnis portal berita Malaysia Kini yang mengulangi desakan sama, iaitu supaya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan, khususnya P Gunasegaram, Francis Paul Siah dan S Thayaparan.

Begitupun, tidak diketahui sama ada ada dalang atau tidak di balik tulisan Kim Quek ini. – HARAKAHDAILY 24/2/2019