Peranan SRITI ‘mengukir’ insan berteras rabbani

TELUK INTAN: Majlis Makan Malam Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Falah telah berlangsung meriah dengan penyertaan sekitar 600 hadirin di Kompleks PAS Teluk Intan, di sini semalam.

Advertisement

Majlis tersebut bertuah menerima Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai tetamu jemputan utama.

Majlis dana SRITI itu turut diserikan dengan alunan bacaan al-Quran oleh Mudir Maahad Ad Daie Wa Diniah, Ustaz Abdul Latiff Ismail, selain cabutan bertuah baucar pembelian di Taqwa Mart dan diskaun melancong dari Kembara Sufi.

Ustaz Nik Zawawi dalam ucapannya menegaskan kepentingan pendidikan seawal usia 7 tahun mengikut acuan Islam dalam melahirkan generasi rabbani yang mengenal Allah di mana ia menjadi matlamat SRITI seluruh Malaysia.

Katanya, pendidikan seawal itu umpama mengukir atas batu di mana ianya akan kekal, sebaliknya pendidikan selepas umur akil baligh umpama lukisan di kertas yang akan hilang andai terkena air.

Terang beliau, Islam adalah agama yang berteraskan ilmu di mana menjadi senjata kepada amalan jahiliyah dengan Nabi Muhammad S.A.W diutuskan-Nya bersama risalah ilmu yakni al-Quran kepada masyarakat akhir zaman.

Beliau turut menyingkap perkembangan dunia Barat yang mengkaji al-Quran mencari manfaat untuk kehidupan dunia mereka, membuktikan ianya kitab merangkumi pelbagai pengetahuan duniawi, tidak semata-mata akhirat.

Beliau turut menyeru agar masyarakat terus memberi menghulurkan sumbangan kepada institusi pendidikan Islam SRITI sebagai amal jariah yang kekal berterusan pahalanya di sisi Allah.

Orang ramai yang berhasrat memberi sumbangan kepada SRITI Al-Falah boleh dibuat menerusi akaun CIMB Bank 8603 37 8460 dan sebarang pertanyaan hubungi 013-423 8045 atau 019-869 6023 atau 019-303 7473. – HARAKAHDAILY 24/2/2019

IMG 20190224 WA0028

IMG 20190224 WA0029  

IMG 20190224 WA0030

IMG 20190224 WA0031