Orang ramai diajak tangani fitnah di media

NIBONG TEBAL: Lajnah Penerangan Hubungan Media Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal dengan kerjasama Masjid Jamek Sungai Duri telah menganjurkan Sembang Santai 2 Beradik, di sini semalam.

Advertisement

Membicarakan tajuk “Fitnah Modenisasi Tribulasi Ummah”, program tersebut menampilkan Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dan adindanya yang juga Penceramah Bebas, Ustaz Mohd Zuhdi Mat Piah.

Dimoderatorkan Ustaz Muhammad Nazreen Adnan, perbincangan tersebut berlatarbelakangkan isu unsur-unsur fitnah di bawah pemerintahan kerajaan baharu PH yang bertebaran di media.

Di mana selain mensasarkan kepada lawan pembangkang yakni PAS dan BN, banyak juga berbangkit dengan panas secara halus tetapi meluas mengenai isu agama dan perkauman.

Menurut Ustaz Zuhdi, pengesahan dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa tiada kemasukan RM90 juta ke akaun PAS seperti didakwa membuktikan isu tersebut merupakan salah satu fitnah.

Ustaz Yusni pula mengupas mengenai isu sikap pengguna media sosial dengan peringatan ayat 6 surah al-Hujurat mengenai kepentingan menyelidiki maklumat diterima sebelum bertindak menyebarkannya.

Sembang santai tersebut turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna kanak-kanak, acara hiasan puding, rawatan Darussyifa’, gerai jualan dan kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). – HARAKAHDAILY 25/2/2019

IMG 20190225 WA0044 

IMG 20190225 WA0045