PAN di zon bala, sengsara tegakkan fitnahnya benar

KUALA LUMPUR: Pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tiada kemasukan RM90 juta ke akaun PAS seperti didakwa seakan bala yang menimpa PH terutama PAN.

Advertisement

Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya PAS Kedah, Zulkifli Che Haron berkata, PAN dilihat begitu sengsara apabila tetap mahu membuktikan bahawa fitnah tersebut adalah benar.

“Naib Presiden PAN, Dato’ Mahfuz Omar mendakwa beliau mempunyai bukti kemasukan wang Umno dalam akaun PAS, sedangkan SPRM memberi masa secukupnya untuk tampil sekiranya miliki bukti.

“Sebagai Timbalan Menteri dan berada dalam kerajaan memerintah, beliau sepatutnya tampil secara profesional kemukakan bukti yang beliau ada. Sepatutnya juga beliau hormati kenyataan SPRM sebagai agensi kerajaan.

“Malangnya, Dato’ Mahfuz sebenarnya sedang berada di zon bala, beliau sedang sengsara mencipta bukti menegakkan fitnah yang dicipta. Kesian, setelah 9 bulan PH memerintah, Dato’ Mahfuz masih berpemikiran pembangkang,” bidasnya.

Zulkifli yang juga bekas calon PAS Dun Kota Darulaman turut menempelak Dato’ Mahfuz selaku Timbalan Menteri gagal menjalankan tanggungjawabnya di posisi sedang dijawat itu. – HARAKAHDAILY 25/2/2019