PAS sokong PM tegas pertahan prinsip

PASIR PUTEH: PAS mengambil pendekatan menyokong kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketegasan Perdana Menteri itu mempertahankan prinsip negara.

Advertisement

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ketegasan Perdana Menteri menolak hasrat DAP mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Selain itu DAP juga mahu pilihan raya tempatan diadakan dan menerima Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Tuntutan itu ditolak. Begitu juga isu meratifikasi ICERD juga ditolak perdana menteri,” katanya ketika merasmi penutup Mukhayyan Tarbawi Dewan Ulama PAS Pusat di Agro Resort Jeram Mengaji di sini kelmarin.

Turut hadir Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud; Penolong Setiausaha Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman dan Ahli Jawatankuasa Ustaz Zulkarnain Hassan. – HARAKAHDAILY 25/2/2019