Asyraf tanya peranan menteri agama

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan peranan ‘Menteri Agama’ hari ini yang dilihat ambil mudah dengan perkara berkaitan penghinaan Nabi Muhammad S.A.W.

Advertisement

Katanya, sekiranya perkara sebegini berlaku di zaman pemerintahan BN, ia tentunya disegerakan tindakan terhadap pesalah.

“Dulu pun ada, tetapi kita ambil tindakan segara. Kini, kita kena berhimpun, kita kena bercakap dulu, baru nak bertindak. Agama kita dihina, sunyi sepi. Bila bising baru bercakap” ujarnya.

Memberi amaran kepada pihak tertentu, beliau menegaskan serta memberi jaminan untuk mengadakan himpunan yang lebih besar daripada Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sekiranya masih ada lagi pihak tertentu yang meperkotak-katikkan agama Islam.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam di hadapan hampir 1,000 hadirin di pekarangan Masjid Negara, seusai solat Jumaat. – HARAKAHDAILY 1/3/2019