Perpaduan gagasan pembangkang, referendum rakyat

shahir adnan

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat di DUN Semenyih yang telah menunaikan kewajipan dengan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat ke Dewan Undangan Negeri Selangor.

Advertisement

Keputusan memihak kepada Barisan Nasional. Tahniah diucapkan kepada Tuan Zakaria Haji Hanafi yang menang bergaya mengalahkan calon Pakatan Harapan. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh jentera yang turun padang dan kesepakatan yang ditunjukkan oleh parti-parti blok pembangkang; Umno, PAS, IKATAN dan BERJASA.

Kemenangan pembangkang di DUN Semenyih merupakan isyarat jelas yang kedua kepada kerajaan Pakatan Harapan supaya mereka sedar sebenarnya mereka gagal dalam memerintah Malaysia dan rakyat tidak lagi termakan dengan harapan dan janji palsu Pakatan Harapan.

Kemenangan pembangkang di DUN Semenyih juga merupakan isyarat jelas yang kedua kepada blok pembangkang supaya terus meneruskan persefahaman dan kerjasama agar menjadi gagasan pembangkang yang kuat demi menyuarakan denyut nadi rakyat Malaysia dan meletakkan kerajaan PH sentiasa berhati-hati dalam ketelusan pentadbiran mereka. Seterusnya, kita ke DUN Rantau. Ia bakal menjadi referendum ketiga kepada Kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat mula menolak Politik Palsu.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
2 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 2/3/2019