Muslimat Bkt Mertajam kekal istiqamah

BUKIT MERTAJAM : Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-22 bertempat di Maahad Tahfiz AQSA, hari ini.

Advertisement

Kehadiran kira-kira 80 perwakilan dan pemerhati termasuk Ahli Jawatankuasa ini membuktikan keutuhan semangat yang tidak pernah luntur dalam kalangan Muslimat.

Ketua Muslimat PAS Bukit Mertajam, Noriah Ibrahim dalam ucapannya menyeru para Muslimat agar terus istiqamah dalam meneruskan perjuangan PAS.

“Sebagaimana para assabiqat yang terlebih dahulu memperjuangkan Islam, kita patut mencontohi mereka.

“Muslimat harus berperanan dalam keluarga dan juga jemaah, agar faham motif gerak kerja di dalam jemaah,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Maziah Khamis selaku perasmi majlis menempelak kerajaan hari ini yang tidak kurang sama dengan kerajaan sebelumnya.

“Kita membayangkan bertukarnya kerajaan, mereka akan membawa Islam, akan tetapi pemerintahan Islam yang kita impikan masih lagi tidak terlaksana,” kata beliau dalam ucapannya.

Muslimat PAS Bukit Mertajam telah menganugerahkan Zaleha Omar dan Noriah Ibrahim masing-masing Anugerah Jasamu Dikenang dan Anugerah Kau Yang Terindah.

Anugerah disampaikan sempena Mesyuarat Agung tersebut adalah sebagai menghargai pengorbanan mereka yang istiqamah berkhidmat bersama Muslimat.

Naib Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Fadzillah Ahmad memuji beberapa aktiviti yang dijalankan Muslimat PAS Bukit Mertajam.

“Sepanjang saya menjadi pemerhati, inilah kali pertama saya melihat Dewan Muslimat memberi Anugerah Kau Yang Terindah.

“Ini juga kali pertama saya membaca laporan aktiviti Dewan Muslimat menganjurkan usrah bersama isteri pimpinan PAS Kawasan,” ujar beliau selaku wakil pemerhati daripada Muslimat PAS Pulau Pinang. – HARAKAHDAILY 3/3/2019 

 

IMG 20190304 WA0000

IMG 20190304 WA0001

IMG 20190304 WA0002