PAS dan fitnah wang berjuta-juta

ALHAMDULILLAH atas segalanya. PAS terus difitnah tentang wang, juta-juta pulak tu! Lebih menarik jumlahnya sentiasa berubah-ubah, sekejap RM90 juta, sekejap lebih RM90 juta, pernah RM200 juta, pernah RM2.5 juta dan terkini RM1.4 juta. Dulu dituduh menerima, kini dituduh memberi!

Advertisement

mukhtarsuhailiPAS ni bukan parti mewah, sumber dana dari infaq ahli dan dermawan. Saya sudah 4 tahun menjadi Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia – DPPM, saya faham sangatlah kedudukan kewangan PAS. Kalau benar PAS ini ada duit RM90 juta tersebut, maka kayalah PAS! Tak perlulah saya bersusah-payah berfikir bagaimana nak mendapatkan dana dan berjimat-cermat dalam perbelanjaan DPPM!

Tugas Bendahari DPPM ini sangat mudah sebenarnya. Cari duit, jika tidak cukup duit maka keluar duit sendiri!

Beginilah. Fitnah terhadap PAS ini akan terus diulang siar dan dicanang untuk memberi persepsi buruk kepada PAS. Sampai bila? Mungkin sampai si pemfitnah mati dan dipersoal di akhirat nanti!

Hak-hak dan prinsip asas undang-undang iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah atau dalam bahasa Inggerisnya “innocent until proven guilty” seolah-olah tidak terpakai kepada PAS. Kebanyakan pemfitnah ini modus operandinya ialah fitnah dulu baru cari bukti kemudian!

Prinsip yang menjadi teras kepada sistem keadilan di seluruh dunia hanya mainan serta hanya terpakai kepada kes yang kena kepada mereka. Namun bila kes kena kepada PAS maka sayugianya PAS terus bersalah meski tanpa bukti dan perbicaraan!

Satu lagi prinsip keadilan ialah beban pembuktian pada yang menuduh bukan yang dituduh. Namun prinsip ini tidak terpakai dalam kes yang melibatkan PAS! Tibai sahaja PAS. Menariknya ramai pembenci PAS ini bila si fasik menuduh PAS terus dia percaya 100%, bila PAS nafi dan menunjukkan bukti tetaplah mereka tidak percaya!

Sehingga hari ini fitnah RM90 juta masih gagal dibuktikan! Mereka yang kata ada bukti transaksi akaun, ada bukti itu ini sehingga hari ini masih gagal memberikan bukti-bukti tersebut. Apa yang ada ialah terus memutar-belit, mencipta fitnah baru dan mengulang-ulang persepsi tanpa pembuktian.

Jika fitnah RM90 juta itu sendiripun masih gagal dibuktikan, maka fitnah atas fitnah yang lain bolehlah diabaikan! Bahkan berapa banyak tulisan Clare yang sudah terbukti fitnah namun masih ramai mereka yang ketagihan memfitnah mempercayainya!

Seperkara lagi mengapa ya Clare Rewcastle Brown menjadi kepercayaan PH dan barisan pemfitnahnya? Sangat istimewa orang luar bernama Clare ini dalam siri memfitnah PAS! Dengan menjadikan Sarawak Report sebagai medium, Minah Saleh ini terus menjadi heroin PH dalam memfitnah PAS.

Tidak ada langsung tabayyun bila Minah Saleh kafir ini berbicara. Terus percaya! Tiada selidik lagi, apatah lagi husnudz dzan kepada ‘ulama yang terbukti seumur hidupnya berjuang untuk memenangkan Islam dan hidup penuh kesederhanaan.

Bila Clare fitnah, terus percaya. Bila TGHH menjawab, was-was hatinya. Muhasabahlah diri tu sebelum memfitnah insan yang meinfaqkan dirinya memandaikan masyarakat dengan Islam! Insaflah…

Saya telah menulis panjang berkenaan fitnah ini suatu masa dulu. Boleh baca artikel bertarikh 2 November 2017 – HARAKAHDAILY 3/3/2019