PASRelief gerak ke Maarib terus Misi Kemanusiaan

SEIYUN, Yaman: Delegasi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) berjaya sampai ke bandar ini yang menjadi ‘check point‘ bagi ke lokasi utama Misi Kemanusiaan Yaman.

Advertisement

Delegasi terdahulu menempuh hampir 10 jam perjalanan merentas gurun yang menghampar luas sepanjang laluan tersebut dengan muka bumi ekstrem meliputi gunung, lembah dan gaung.

Bukan sahaja menyaksikan pemandangan gersang tandus dan sepi, tetapi juga tanpa kemudahan dan penempatan manusia selain pelbagai risiko oleh keadaan jalan tidak sempurna.

Delegasi berhenti solat Subuh di tengah gurun tersebut dan menyambung perjalanan melepasi jarak lebih 500 kilometer selama 7 jam baharulah menemui kawasan hijau dan dihuni manusia di ‘Asim.

Perjalanan tersebut seterusnya menyusuri lembah yang kelihatan banyak institusi pendidikan sebelum berhenti sarapan di Al-Saum hinggalah perjalanan seterusnya selepas itu.

Antara dilalui setelah itu adalah kawasan-kawasan pertanian dan penempatan seperti Al-Khun, Qasam, Qahir dan Tarim hingga tiba di Seiyun tepat jam 10:15 pagi waktu tempatan (3:15 petang Malaysia).

Delegasi PASRelief berhenti di sini bagi mesyuarat dan rehat sebelum menyambung perjalanan darat ke Maarib yang terletak lebih 400 kilometer ke Barat Yaman dengan anggaran masa 7 jam lagi. 

Delegasi ini diketuai Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor dan disertai Ahli Jawatankuasa PASRelief, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman serta Ustaz Yusni Mat Piah.

Turut bersama Ketua Multaqa Pelajar Malaysia-Indonesia Nusantara (MUTHMAIN), Ustaz Hassan Husaini Abdul Rahim dan Pengerusi Jamiyat Al Islah Al Ijtimaie Al Khairiah (CSSW), Muneer Soleh Abduh Hud.

Orang ramai boleh terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 7061 2333 PASRelief atau 5640 7061 1352 Tabung Kemanusiaan Antarabangsa dan sebarang pertanyaan hubungi 012-596 9220 (Sanusi) atau 013-384 5555 (Mohd Adram Musa). – HARAKAHDAILY 3/3/2019  

 IMG 20190303 WA0008

IMG 20190303 WA0032

IMG 20190303 WA0028

IMG 20190303 WA0029