Temasya Sukan Tahunan At-Ta’alim gilang-gemilang

SERI MANJUNG: Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-21 Sekolah Rendah Islam At-Ta’alim telah berlangsung di Sekolah Menengah Dato’ Seri Kamarudin, Seri Manjung, di sini semalam.

Advertisement

Temasya yang turut disertai atlet-atlet dari Sekolah Menengah Islam At-Ta’alim dan Pondok At-Ta’alim ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah At-Ta’alim, Rosli Abd Rahman.

Menurut beliau, temasya tahunan ini diharapkan dapat membuka minda masyarakat khususnya komuniti setempat terhadap kewujudan institusi At-Ta’alim di situ.

Menurutnya, At-Ta’alim terbukti mampu melahirkan pelajar-pelajar yang serba boleh dan kreatif, hasil usaha gigih para Ahli Lembaga Pengarah, guru-guru dan seluruh kakitangannya.

Termasya berlangsung gilang-gemilang dimulai perbarisan oleh semua kontinjen diikuti acara sukaneka dan balapan yang dipertandingkan sepanjang kejohanan itu.

Turut diadakan ialah jualan amal dan kaunter tabung infaq pembangunan Kompleks At-Ta’alim bagi memudahkan hadirin untuk menghulurkan sumbangan pembinaan kompleks ini.

Temasya sukan pada kali ini menyaksikan Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan, manakala naib juara disandang Rumah Biru dan tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Hijau bagi SRI At-Ta’alim.

Sementara bagi Sekolah Menengah At-Ta’alim, juara keseluruhan diungguli oleh Rumah Merah serta Anugerah Olahragawan dan Olahragawati pula disandang oleh Muhammad Hafiz Hakim dan Nur Aleeya Aimran masing-masinh dari Rumah Biru. – HARAKAHDAILY 3/3/2019   

 

IMG 20190303 WA0011

IMG 20190303 WA0012

IMG 20190303 WA0013

IMG 20190303 WA0015