Hina Islam: Mat motor turut bantah

muda1

TEMERLOH: ‘Mat motor’ turut membantah tindakan pihak tidak bertanggungjawab menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Advertisement

Ketua Bikers ARC Pahang Mohd Shamsuri Hussin berkata, seramai 30 ‘mat motor’ berhimpun di Dataran Masjid Temerloh membantah beberapa pengguna media sosial bukan Melayu yang menghina Islam.

“Kita perlu memberi kesedaran kepada umat Islam terhadap peri pentingnya menjaga kesucian agama Islam dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW.

“Kerajaan Pakatan Harapan perlu bertindak dengan mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit,” katanya di sini semalam.

Perhimpunan mat motor tersebut disertai Bikers ARC Pahang, Kaki Motor Cooper Temerloh dan Goldwing Pahang.

Tiga wakil mat motor juga membuat laporan polis terhadap individu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Baru-baru ini tiga pengguna media sosial yang dikenali sebagai Hendry Hiung, Sally Yen dan Sarkas Tanesan memuatkan lontaran mengina Islam di facebook mereka. – HARAKAHDAILY 4/3/2019