Terowong: SPRM buka enam kertas siasatan

PUTRAJAYA: Susulan isu siasatan kes terowong dasar laut Pulau Pinang yang dibangkit baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka sebanyak enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Advertisement

“Kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018,” ujar SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya. Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM,” jelas kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 4/3/2019