Hampir 5 jam SPRM ambil keterangan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa hampir lima jam mengambil keterangan Zaidy Abdul Talib berhubung dakwaan PAS menerima dana RM90 juta.

Advertisement

“Hampir lima jam diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan tohmahan PAS menerima RM90 juta atas kapasiti saya sebagai Bendahari Jabatan Pilihanraya PAS Pusat,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Justeru, katanya tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tuduhan RM90 juta adalah tohmahan semata-mata.

Menurutnya, SPRM menguruskan perbincangan dengan penuh mesra dan professional.

“Terima kasih dan tahniah SPRM. Terima kasih juga kepada yang support dengan doa dan semangat,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang. – HARAKAHDAILY 5/3/2019