Pemuda Lumut tingkat BPMS sesama ahli

IMG 20190306 WA0019

LUMUT: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut Kali Ke-32 telah dilangsungkan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taqwa, di sini kelmarin.

Advertisement

Mesyuarat tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah SRITI Negeri Perak, Ustaz Muhammad Zulfadli Zainal yang telah menyempurnakan perasmian majlis.

Ianya berlangsung dengan penuh semangat dalam meneruskan perjuangan meninggi dan meletakkan Islam sebagai keutamaan setelah berlalunya PRK Cameron Higland dan Semenyih.

Dalam ucapannya, Ustaz Zulfadli menegaskan kepentingan anak muda meningkatkan keyakinan dan kebergantungan kepada Allah selaku Muslim yang berjuang dijalan-Nya.

Di samping itu seru beliau, anak muda mestilah meningkatkan ilmu pengetahuan serta kefahaman dengan menghadiri kuliah haraki, usrah serta pengajian ilmu.

Beliau turut mengingatkan semua pimpinan dan perwakilan agar dapat mengaplikasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera sesama ahli PAS agar hubungan silaturrahim terus berkekalan.

Setiausaha PAS Lumut, Hamidun Ahmad turut hadir mewakili PAS Kawasan bersama Ketua Urusan Ulamak PAS Lumut, Zainal Abidin Saad serta Pengarah Pembangunan Kompleks At-Taalim, Osman Uyob.

Pada majlis perasmian itu juga telah disampaikan anugerah khas untuk para Pemuda Lumut antaranya Anugerah Tokoh Pemuda Istiqamah kepada Ridzuan Shafie.

Juga cenderahati sempena kelahiran puteri sulung kepada Ketua Pemuda PAS Lumut, Aminuddin Ahmad dan Ahlu Jawatankuasa Pemuda PAS Lumut yang telah melangsungkan perkahwinan, Asyraf Zainal Abidin. – HARAKAHDAILY 6/3/2019