Puak PH lupa waktu mereka bergaduh

APABILA PAS bekerjasama dengan Umno, maka terdengar suara musuh PAS kata, dahulu macam-macam PAS kata kepada Umno.

Advertisement

Jawapannya, ya.

Biasalah dalam politik.

idrisInsya-Allah, kita cuba buka lembaran baru. Walaupun pahit itulah penawarnya demi Islam dan ummah di negara ini

Yang seronoknya, puak PH lupa waktu mereka bergaduh satu ketika dahulu. Keluar macam-macam gelaran dan maki hamun daripada mulut mereka. Memang Melayu mudah lupa, tetapi PAS tidak lupa.

Perkataan Mahazalim, Mahafiraun, penipu, agen asing, anti-Melayu, rasis, penghapus hak Melayu, tauke kilang arak, kaki liwat, al…
Inilah zikir yang keluar dalam setiap ceramah dan tulisan mereka.

Sekarang bukan setakat berlaga pipi, malahan berlaga perut. Puji memuji, bodek membodek demi kuasa. Walaupun perpaduan mereka retak menunggu belah.

Maka strateginya dengan serang PAS dan Umno untuk lindung masalah mereka yang begitu kalut. Bak kata pepatah “bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru”.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
6 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 6/3/2019