RM150,000 jaya program ‘Dapur Hijau’

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM150,000 untuk menjayakan program ‘Dapur Hijau’ di seluruh negeri tahun ini.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, peruntukan itu melibatkan kit Dapur Hijau bernilai RM65 seorang.

Katanya, memandangkan program berkenaan mendapat sambutan, jumlah peserta dipertingkat kepada 100 orang setiap Parlimen.

“Sebelum ini program itu hanya diadakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) sahaja. Bagi Parlimen yang mempunyai tiga Dun jumlah peserta 100 orang.

“Manakala Parlimen yang mempunyai empat Dun, jumlah peserta Dapur Hijau seramai 120 orang,” katanya pada pelancaran dan penyampaian Anugerah Program Dapur Hijau Negeri Kelantan 2019 di Kota Darulnaim hari ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Urusetia Kebajikan, Keluarga dan Wanita Negeri.

Hadir sama anggota Exco Mumtaz Md Nawi, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. – HARAKAHDAILY 6/3/2019