PAS Pendang, Umno, NGO lapor polis

PENDANG: PAS Pendang bersama Umno bahagian serta 16 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan laporan polis di IPD Pendang malam tadi untuk mendesak agar kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penghina Islam dan Nabi Muhammad SAW yang diihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Yang Dipertua PAS kawasan, Dato’ Dr Mohd Hayati Othman dalam ucapannya mengharapkan pihak polis dan kerajaan mengambil tindakan tegas akan hal demikian agar ia dapat disekat dari terus merebak dan menular.

“Walaupun telah ada tangkapan dibuat namun kerajaan perlu menunjukkan ketegasan mereka agar perkara seumpama ini tidak berulang kerana dibimbangi akan mencetuskan kemarahan umat Islam,” ujar beliau.

Beliau juga kesal dengan sikap segolongan mereka yang tidak bertanggungjawab itu dilihat cuba mengganggu gugat keharmonian kaum yang telah dipupuk sejak sekian lama di Malaysia khususnya.

Ekoran itu, Adun Tokai itu bimbang sekiranya perkara seumpama tu berterusan ia boleh mencetus kemarahan umat Islam yang boleh mewujudkan ketegangan.

Perkara yang sama juga dibangkitkan oleh Timbalan Umno Bahagian Pendang, Sirun Said dan wakil NGO, Mohd Nor Mat Tahir.

Kira-kira lima ribu hadir bersama-sama berarak ke perkarangan IPD Pendang untuk menyatakan bantahan akan kebiadapan berkenaan. – HARAKAHDAILY 9/3/2019

pendag