Kerjasama PAS-Umno atasi kemenangan PH

KUALA KANGSAR: Kejayaan dua parti terbesar di Malaysia duduk semeja pada 5 Mac lalu adalah peristiwa paling besar dalam sejarah politik tanah air, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Advertisement

“Ada tiga benda besar dalam politik negara kita hari ini, mengikut tertib dia, turutan dia. Yang ketiga ialah, PH memerintah selepas PRU14. Yang kedua adalah Umno kalah dalam sejarah dia selepas memerintah semenjak daripada kemerdekaan.

“Kekalahan Umno itu adalah lebih besar daripada kemenangan PH. (Tetapi) Yang paling besar dalam sejarah politik tanah air hari ini ialah kerjasama di antara PAS dengan Umno yang telah lama dinantikan oleh seluruh umat Islam dalam negara kita,” ujar Ahli Parlimen Bachok itu.

Perkara tersebut dinyatakannya semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar Kali Ke-31 di Safari Resort, di sini semalam.

Menurut beliau, ia adalah harapan umat Islam Malaysia yang ingin melihat kejayaan Islam terbina melalui kerjasama yang erat di antara umat Islam itu sendiri.

“Oleh kerana ia adalah suatu benda yang baru dimulakan, melalui secara rasminya mesyuarat jawatankuasa khas kerjasama Umno PAS baru ni. Kita berharap supaya ia adalah langkah yang penuh berkat dan ia akan berakhir dengan kejayaan insya-Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/3/2019   

IMG 20190310 WA0053

IMG 20190310 WA0054

IMG 20190310 WA0055