Muslimat Sabah kunjung ke Pondok Tarbiyatun Nisa’

KOTA KINABALU: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan kasih ke Pondok Tarbiyatun Nisa’, Tuaran, di sini semalam.

Advertisement

Ziarah dipimpin oleh Ketua LKK Muslimat PAS Sabah, Nur Izzati Yusof itu bertujuan untuk melihat sendiri keadaan semasa mangsa tragedi kebakaran pondok tersebut yang berlaku pada 14 Februari lalu.

Sempena ziarah tersebut juga, Muslimat PAS Sabah telah mengadakan penyerahan sumbangan kewangan daripada LKK yang dikutip hasil pemberian daripada orang ramai.

Menurut Pengurus Pondok Tarbiyatun Nisa’, Ustazah Rosnani Untol, kebakaran yang memusnahkan seluruh kawasan asrama menelan kerugian sekitar RM800,000.

Tambahnya, setakat ini mereka telah berjaya mengumpulkan kira-kira RM50,000 sumbangan daripada NGO serta orang ramai bagi membina semula asrama tersebut.

Lanjutnya, buat masa ini semua pelajar ditempatkan di rumah kediaman beliau yang terletak di belakang pondok tersebut.

Nur Izzati mengharapkan orang ramai turut menghulurkan sumbangan kepada pondok yang telah dibina sejak 7 tahun lalu itu bagi kelangsungan pendidikan 52 pelajar di pusat pendidikan Muslimat tersebut. – HARAKAHDAILY 10/3/2019  

IMG 20190310 WA0047 

IMG 20190310 WA0048

IMG 20190310 WA0049

IMG 20190310 WA0050