Mukhriz keliru kerajaan perpaduan

SIK: Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dianggap tidak memahami maksud Unity Government (UG) berbanding kerajaan campuran.

Advertisement

Ketua Pembangkang Dun Kedah Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, kerajaan perpaduan merujuk kepada model kerajaan tanpa pembangkang.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) terbabit memberi tafsiran sendiri tanpa mengkaji matlamat UG atau Kerajaan Perpaduan yang sebenar.

“Semua parti beruniti membentuk kerajaan dan bersepakat membaiki kerosakan serta mengatasi kelemahan sistem dalam negara. Matlamatnya mencapai keadilan dan kestabilan.

“Ia adalah gagasan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 2008,” katanya di sini.

Semalam Mukhriz dilapor menyindir usaha antara PAS dan Umno untuk merampas Kedah dan Perak melalui kerajaan perpaduan. – HARAKAHDAILY 12/3/2019