Solat jenazah (ghaib) seluruh negara

KITA semua telah menerima berita dari bumi Madinah Al-Munawwarah perihal kembalinya Al-Marhum Ustaz Nor Azli Musa (mantan AJK PAS Pusat) ke Rahmatillah.

Advertisement

Semoga Allah swt mengurniakan keampunan-Nya kepada Al Marhum dan merahmatinya serta meletakkannya dari kalangan hamba-Nya yang soleh.

Tentu sahaja ia adalah satu kehilangan besar bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Justeru Al-Marhum adalah seorang pejuang yang gigih dan cekal. Banyak berbakti kepada jamaah dan masyarakat.

PAS menyeru supaya seluruh ahli PAS dan sahabat handai yang mengenali Al-Marhum dapat mengadakan Solat Jenazah (Ghaib) selepas solat Maghrib hari ini di masjid surau masing-masing di seluruh negara.

Jua salam takziah dari seluruh saf kepimpinan PAS Pusat buat ahli keluarga Al-Marhum. Semoga sabar dan tabah atas ujian ini.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
05 Rejab 1440 | 12 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 12/3/2019