Kimia: Khidmat M’sia Johor bentuk JK khas

KUALA LUMPUR: Khidmat Malaysia Negeri Johor telah membentuk satu jawatankuasa khas untuk menghadapi isu pencemaran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Advertisement

Dilaporkan sehingga kini 16 sekolah yang terletak berhampiran kejadian pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, ditutup.

Setiausaha Khidmat Malaysia Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Khidmat Malaysia Negeri Johor melalui beberapa jabatan dan unit telah pun memulakan langkah awal bagi membantu masyarakat menghadapi bencana itu.

“Kelmarin telah dilaporkan bahawa seramai 260 murid dan orang awam di Pasir Gudang dikesan mengalami simptom loya, muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran bahan kimia yang melibatkan beberapa sekolah.

“Unit Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia (Johor) dengan kerjasama PAS Kawasan Tebrau dan Pasir Gudang telah membentuk satu pasukan dan mewujudkan Pusat Kawasan Operasi Bencana Pencemaran Udara (Bahan Kimia) di PASTI Al-Irfan 1,” ujarnya.

Menurut beliau, pasukan itu berperanan memberi maklumat kepada penduduk setempat berkenaan situasi bencana.

Bagi mereka yang mengalami simptom-simptom seperti sesak nafas, sakit dada, pedih mata, muntah-muntah perlu dibawa dengan kadar segera ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih.

Hal ini bertujuan untuk membuat saringan kesihatan oleh pihak yang telah ditugaskan sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans yang disediakan.

Khidmat Malaysia Pusat akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak termasuk agensi kerajaan dalam menangani isu pencemaran yang mengancam kesihatan dan kesejahteraan penduduk di Pasir Gudang dan persekitarannya.

Terbaharu, sebuah Pusat Kawalan Operasi Bencana telah dibuka dan dikawal selia oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor.

“Masa mula tugasan adalah pada pukul 10 malam dan masa tamat tugasan adalah pada 3.30 pagi.

“Pusat Kawalan Operasi ini adalah di Dewan Taman Pasir Putih, Kota Masai, Kg. Pasir Putih dan jumlah anggota terlibat setakat ini seramai 28 orang,” tambah beliau.

Empat stesen kawalan dibuka di 4 lokasi cawangan PASTI Al-Irfan Tebrau iaitu:

1. PASTI Al-Irfan 1
Taman Pasir Putih, No.30, Jalan Selasih 2, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor
PIC: Shukri (011-26659498) / 07-2543040

2. PASTI Al-Irfan 2
Jalan Bacang, No. 40, Jalan Bacang 20, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
PIC: Fauzi (013-6997345)

3. PASTI Al-Irfan 3
Kg Pasir Putih, No. 6, Jalan Pengkalan, Taman Pasir Emas, 81700 Pasir Gudang
PIC: Ust Khairudin (012-7457045) / 07-2711143

4. PASTI Al-Irfan 4
Jalan Nenas, No. 36, Jalan Nenas 10, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
PIC: Rozie Kuta (018-2665744) / 07-2565946

Sumbangan kewangan disalurkan ke akaun Khidmat Malaysia Negeri Johor
Bank: CIMB
Nama Akaun: Perhubungan PAS Negeri Johor
No akaun: 8006967429 – HARAKAHDAILY 13/3/2019

pg1

pg2