Perginya srikandi ulung tanah air

IMG 20190314 WA0007
TELUK INTAN: PAS Kawasan Teluk Intan merakamkan takziah atas pemergian Sariah Ali yang merupakan antara wanita terawal menganggotai pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
 
Allahyarhamah yang berusia 84 tahun telah menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua pada jam 2.30 petang di kediaman beliau No 82, Taman Cicely, di sini kelmarin dahulu.
 
Allahyarhamah menjadi anggota polis sejak tahun 1956 dan telah bersara pada tahun 1982 di mana pemergiaannya disifatkan PAS Teluk Intan sebagai satu kehilangan besar kepada dunia kepolisan tanah air. 
 
Menurut Naib Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Azhar Rafie, kesabaran dan kekentalan jiwa beliau menganggotai badan beruniform ini pada era sebelum kemerdekaan merupakan bukti kecintaan beliau terhadap tanahair.
 
Malah katanya, Allahyarhamah telah merintis jalan kepada kaum wanita lain untuk turut serta membantu menjaga keamanan negara.
 
Beliau hadir pada hari pengkebumian Allahyarhamah dan turut hadir Ahli Jawatankuasa PAS Teluk Intan, Mutiaton Said Falah serta turut mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang solehah. – HARAKAHDAILY 14/3/2019
 
IMG 20190314 WA0007
Advertisement