STPM: 4 pelajar K’tan cemerlang kebangsaan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merakam ucapan tahniah empat pelajar negeri itu yang dinobatkan antara 10 pelajar cemerlang peringkat kebangsaan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Dato’ Dr Mohamed Fadzli Mohamed berkata, kecemerlangan itu menjadi kebanggaan kepada negeri dan rakyat Kelantan.

“Saya menyanjung tinggi usaha pelajar, ibubapa dan sekolah sehingga empat pelajar kita mencatat rekod di peringkat kebangsaan,” katanya selepas majlis penyampaian Dermasiswa pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) di sini semalam.

Seramai 140 pelajar menerima dermasiswa itu pada program dianjurkan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama).

Empat pelajar yang cemerlang STPM di Kelantan yang diumum kelmarin iaitu Dhivya Janani Mariappan dan Wee Chin Seng memperoleh lima prinsipal A.

Selain itu Nur Solehah Zahari dan Leong Yean Thyn memperoleh empat prinsipal A. – HARAKAHDAILY 13/3/2019