Tinggal di rumah hanya berlantai tanah

PADANG BESAR: Ketika negara melangkah ke era digital malangnya masih ada lagi rakyat miskin di kampung memasak dengan menggunakan dapur kayu.

Advertisement

Malah rumahnya juga hanya berbekal sebiji mentol. Anak-anak pula terpaksa kepanasan pada malam hari kerana ketiadaan kipas.

Kisah dhaif seorang ibu muda yang menumpang di rumah sewa di Kampung Baru Lubuk Sungai Serai, Chuping kini mendapat perhatian masyarakat.

Rumah yang berlantaikan tanah itu menjadi tempat Rusila Yusof, 37 tinggal bersama anak Nur Diyana Najihah, 7 dan Mohd Daniel Irfan, 6.

Beliau berkata, hasil pekerjaannya sebagai pembantu di kedai roti dengan gaji RM80 seminggu membolehnya membeli keperluan harian.

“Nasib baik rumah yang kami berteduh sekarang tidak dikenakan sewa oleh pemiliknya cuma sekadar membayar elektrik dan air sahaja,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/3/2019

Ikuti cerita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang